1,200 sertai Mountain Bike Challenge dan Fun Ride

Zulkifli Adamshah
Zulkifli Adamshah
A
A
A

SEPANG - Sejumlah 1,200 peserta dari seluruh negara menyertai Mountain Bike Challenge dan Fun Ride sempena ulang tahun pertama penubuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner, Zulkifli Adamshah berkata, acara yang julung kali diadakan itu bermula seawal 8 pagi dan dijadualkan berakhir pada 12 tengah hari di padang IPD KLIA.

Bercakap kepada pemberita pada majlis itu, beliau berkata program ini bertujuan membudayakan gaya hidup sihat yang sering disarankan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia selaras dengan konteks memperkasakan warga kerja supaya aktif dan sihat.

"Di samping itu, kita juga mahu mengeratkan hubungan silaturahim antara semua peringkat masyarakat dan polis - Polis dan Masyarakat berpisah tiada.

" Lagipun, ramai orang tidak mengetahui kewujudkan IPD KLIA dan mahu memperkenalkan kepada masyarakat melalui program ini.

Selain beriadah, program hari ini turut menyumbang kepada menghabiskan waktu berkualiti bersama keluarga apabila sebahagian besar petugas membawa keluarga terutamanya anak-anak kecil,” katanya.

Persembahan Helmi Gimmick turut memeriahkan sambutan Hari Keluarga IPD KLIA.

Peserta Mountain Bike Challenge dan Fun Ride sejauh 30 km dan 34 km masing-masing, dilepaskan oleh Timbalan Ketua Polis Selangor SAC Datuk Ab Rashid Ab Wahab.- Bernama

Artikel Berkaitan: