Angka korban insiden kebakaran bar di Mexico cecah 26 orang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BANDARAYA MEXICO - Angka korban dalam insiden kebakaran sebuah bar di timur Mexico meningkat kepada 26 orang, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pejabat pendakwa raya pada Rabu.

Sementara itu, seramai 11 orang lagi cedera dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai di bar Caballo Blanco di bandar Coatzacoalcos, sebuah bandar di timur negeri Veracruz.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi waktu tempatan pada Selasa.

Penyerang dikatakan menutup pintu kecemasan selepas membakar bar berkenaan. Kebanyakan mangsa yang maut termasuk 10 wanita disebabkan lemas terhidu asap.

Gabenor Veracruz Cuitlahuac Garcia mengutuk serangan itu dan penyiasat persekutuan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri untuk menyiasat kejadian itu.

Veracruz dibelenggu keganasan sejak pertengahan 2016, apabila sindiket pengedaran dadah menggunakan pelabuhan negeri untuk menyeludup dadah ke luar negara dan saling bersaing antara satu sama lain bagi menguasai pasaran tempatan.

Pada April, 14 orang yang sedang menghadiri perjumpaan keluarga di bandar Minatitlan, di Coatzacoalcos dibunuh dan kejadian dipercayai bermotifkan dendam. - Bernama

Artikel Berkaitan: