UPSR bermula 4 September

gambar hiasan
gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 akan dijalankan pada 4 dan 5 September serta 10, 11 dan 12 September depan.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata seramai 445,641 orang calon, telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,076 pusat peperiksaan, di seluruh negara.

"Daripada jumlah tersebut 434,177 calon merupakan calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, sementara 11,464 calon lagi merupakan calon sekolah swasta," kata kementerian itu.

Kementerian Pendidikan berkata seramai 53,242 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

"Semua calon UPSR 2019 diingatkan agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan UPSR 2019 untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung," katanya.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my.

Calon juga diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri seperti MyKad atau MyKid atau borang pengenalan diri calon atau surat perakuan pengenalan diri ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar. - Bernama

Artikel Berkaitan: