PH tak faham Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassa
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassa
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kenyataan pemimpin PH, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah bukti jelas menunjukkan parti berkenaan lansung tidak memahami situasi dan persekitaran politik yang berlaku di negeri ini.

Perkara itu merujuk kepada tindakan Khairuddin yang didakwa seperti mencabar Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk meninggalkan singgah sana dan menyertai arena politik sepenuh masa.

Pengerusi Umno negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, ia menunjukkan PH sememangnya tidak memahami Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor serta pengisian yang tertera di dalamnya.

Menurutnya, perkara seperti itu (mencabar keluarga diraja) tidak pernah berlaku selain rakyat di negeri ini juga sentiasa memahami campur tangan institusi diraja di dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Rakyat negeri ini tidak ada masalah dengan pembabitan Sultan mahupun Tunku Mahkota dalam pentadbiran negeri, cara hidup mahupun suasana kemasyarakatan.

"Jadi jelas tindakan itu menunjukkan mereka (PH) tidak faham peranan serta tanggungjawab Sultan dan Tunku Ismail, kita di Johor tidak pernah persoalkan peranan dan kehadiran Institusi Diraja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Larian Tok Uban 2018 yang diadakan di Taman Suria, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti PH itu telah mencadangkan agar Tunku Ismail meninggalkan kedudukannya dan memasuki gelanggang politik.

Artikel Berkaitan:

Dalam kenyataan itu, beliau turut memohon Tunku Ismail untuk tidak hanya berselindung di belakang perlembagaan yang mana rakyat marhein akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya menjawab tohmahannya secara kritis.

Katanya, perkara itu dianggap tidak adil kerana Tunku Ismail boleh mengkritik tetapi rakyat marhaen tidak boleh melakukannya kerana kedudukan putera itu yang terlindung di sebalik perlembagaan.