SPRM cari David, Abd Razman

David SNG, Abdul Razman
David SNG, Abdul Razman
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mencari dua lelaki bagi membantu siasatan berkaitan dua kes rasuah.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, dalam kes pertama, SPRM Sarawak mencari David SNG, 50, yang beralamat terakhir di Lot 2362, Taman Chan Ung Hua, Jalan Bleteh, 96800 Kapit, Sarawak.

Kes kedua pula, SPRM mencari Abdul Razman Muthokhir, 33, beralamat terakhir di WC-15 Antah Tower Condominium, Jalan Putramas 1, Off Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur atau No.2, Laluan Taman Meru 1, Taman Meru 1A, 30020 Ipoh, Perak.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai David SNG diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Muhamad Saiful Adli Che Rahim di talian 08-4321 982 atau 013-715 1744.

Manakala maklumat mengenai Abdul Razman boleh disalur kepada Penolong Penguasa Mohd. Johafizie Johari di talian 03-8870 0475 atau 014-515 5977.

Artikel Berkaitan: