Sanggup terjun laut elak dicekup

Sebahagian daripada PATI yang ditahan sedang menunggu untuk diperiksa oleh anggota Imigresen di lokasi serbuan di Kuala Nerus kelmarin.
Sebahagian daripada PATI yang ditahan sedang menunggu untuk diperiksa oleh anggota Imigresen di lokasi serbuan di Kuala Nerus kelmarin.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) sanggup menggadai nyawa sendiri dengan terjun ke laut bagi mengelak ditahan anggota penguat kuasa Imigresen dalam satu serbuan di tapak pembinaan dan rumah sewa di sekitar Kuala Nerus, di sini kelmarin.

Malah ada di antaranya lari masuk ke dalam semak dengan berkaki ayam untuk bersembunyi tanpa menghiraukan risiko kecederaan terpijak pokok berduri yang ada di situ.

Bagaimanapun tindakan kumpulan PATI itu sia-sia apabila pihak Imigresen terlebih dahulu mengepung kawasan terbabit menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan selain menyerah diri.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Terengganu, Ahmad Salihin Salleh berkata, operasi yang bermula pada jam 9 pagi dan berakhir jam 6 petang itu berjaya menahan 54 lelaki warga asing dan seorang majikan tempatan.

"Pemeriksaan ke atas seramai 117 warga asing dengan 54 orang yang terdiri tiga warga Indonesia, 50 Bangladesh dan seorang Myanmar berusia 25 hingga 4455 tahun ditahan.

"Kesemua ditahan kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini hari ini.

Ahmad Salihin berkata, siasatan awal mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya lagi, kesemua ditahan di hantar ke Depoh Tahanan Imigresen Ajil, Hulu Terengganu untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: