Kapal angkasa bawa robot manusia pertama Rusia selamat tiba di ISS

Fedor boleh meniru pergerakan manusia yang merupakan kemahiran utama membolehkannya menjalankan tugas dari jauh.
Fedor boleh meniru pergerakan manusia yang merupakan kemahiran utama membolehkannya menjalankan tugas dari jauh.
A
A
A

MOSCOW - Sebuah kapal angkasa tanpa pemandu yang membawa robot manusia pertama Rusia yang akan dihantar ke orbit berjaya berlabuh di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) hari ini selepas gagal melakukan cubaan itu pada akhir minggu lalu.

Robot digelar Fedor untuk singkatan Final Experimental Demonstration Object Research itu boleh meniru pergerakan manusia yang merupakan kemahiran utama membolehkannya menjalankan tugas dari jauh.

Ia dilancarkan menerusi kapal angkasa Soyuz MS-14 dari tapak pelancaran Rusia di selatan Kazakhstan pada Khamis lalu dan dijangka berada di ISS untuk belajar cara membantu angkasawan sehingga 7 September depan.

Difahamkan, Fedor bukan robot pertama ke angkasa lepas.

Pada 2011, NASA menghantar Robonaut 2 yang dibangunkan General Motors yang mempunyai matlamat sama untuk bekerja dalam persekitaran berisiko tinggi.

Ia dihantar pulang ke bumi pada 2018 kerana mengalami masalah teknikal.

Pada 2013, Jepun menghantar robot kecil digelar Kirobo dibangunkan Toyota bersama dengan komander angkasa pertama Jepun yang boleh berkomunikasi, namun hanya dalam bahasa Jepun. - Agensi

Artikel Berkaitan: