Istana Thailand kongsi gambar gundik rasmi Raja Thailand

Sineenat beraksi sebagai juruterbang jet pejuang.
Sineenat beraksi sebagai juruterbang jet pejuang.
A
A
A

BANGKOK - Istana Thailand menyiarkan beberapa keping gambar gundik rasmi Raja Maha Vajiralongkorn ketika terlibat dalam tugasan rasmi dan santai.

Imej-imej yang dipaparkan menunjukkan Sineenat Wongvajirapakdi, 34, beraksi sebagai juruterbang jet pejuang, memakai pakaian tentera dan sedang mensasarkan senjata.

Raja Maha Vajiralongkorn, 67, memberi gelaran itu kepada Sineenat pada Julai lalu, dua bulan selepas mengahwini Permaisuri Jeneral Sutida Vajiralongkorn.

Antara gambar gundik rasmi Raja Maha Vajiralongkorn ketika terlibat dalam tugasan rasmi dan santai.
Antara gambar gundik rasmi Raja Maha Vajiralongkorn ketika terlibat dalam tugasan rasmi dan santai.

Dalam gambar itu Sineenat mengambil bahagian dalam majlis pengebumian Raja Bhumibol Adulyadej.

Biografi Sineenat turut dipaparkan bersama imej-imejnya.

Istana Thailand berkata, Raja Maha Vajiralongkorn telah mengarahkan supaya biografi diraja diwujudkan untuk Sineenat.

Penerbitan lebih 60 gambar dan biografi setebal 46 muka surat itu bertarikh minggu lalu, namun hanya mula tular di internet semalam.

Artikel Berkaitan:

Selain juruterbang terlatih, Sineenat adalah jururawat dan pengawal. - AFP/CNA