X

Kindly register in order to view this article
!

Program sarapan percuma, langkah baik KPM

Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru), menyambut baik hasrat dan langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyediakan sarapan percuma kepada 2.7 juta murid- murid sekolah rendah.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, langkah ini akan dapat membantu perkembangan kognitif dan pertumbuhan fizikal murid dengan pemberian nutrisi yang baik dan berkualiti kepada murid-murid.

"Usaha pihak KPM ini diharap dapat membantu kelompok sasar yang miskin untuk mendapat pemakanan sihat dan seimbang agar anak-anak kekal sihat dan cergas serta dapat memberi tumpuan kepada proses pembelajaran di dalam kelas," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Justeru katanya, iGuru memohon pihak KPM agar memantau pengurusan pemberian makanan ini supaya pihak kantin dapat menyediakan makanan yang berkualiti dan memenuhi spesifikasi ditetapkan agar tidak berulang sebagaimana program RMT (Rancangan Makanan Tambahan) sebelum ini.

Program sarapan percuma yang akan bermula tahun hadapan bukan sahaja mampu membantu pelajar tetapi melatih kesedaran sivik dan disiplin dalam kalangan pelajar.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, ia bagi memastikan pelajar membesar dalam keadaan sihat serta berdisiplin dan mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pantau kualiti sarapan percuma: MBM