Gaya bertudung Tunku Azizah jadi inspirasi
RAMAI yang kagum dengan penampilan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertudung litup sama ada majlis rasmi mahupun santai.
Terbaru, ia menjadi inspirasi sebahagian pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24, Shah Alam apabila meniru gaya Permaisuri bertudung dalam foto kelas mereka.
Parkara itu telah dikongsikan oleh salah seorang pelajar tersebut, Sarah Misha di akauan Twitternya dan turut tag Twitter Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah @cheminahsayang.
"Tahun ini gambar kelas terinspirasi dengan gaya our Queen, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah @cheminahsayang,"
Paling menarik apabila posting itu mendapat perhatian dan pujian daripada Tungku Permaisuri sendiri.
"Cantek," balas tuanku.
"Terima kasih banyak, tuanku permaisuri idola kami semua," tulis Sarah.
Tahun ni gambar kelas terinspirasi dengan gaya our Queen, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah @cheminahsayangpic.twitter.com/44aCbJIbQl
— Sarah Misha (@sarahmiisha) August 25, 2019Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah antara kerabat diraja berjiwa rakyat dan juga aktif memuat naik status di media sosial.
Berjaya nafi ada rancangan buka kasino di Forest City
Dana rakyat Malaysia bantu bekal air bersih kepada penduduk Afghanistan
Gelombang haba bawa derita baharu dan risiko penyakit ke Rafah
LIMA ‘25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Peniaga maut dibunuh sekumpulan lelaki berparang
Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Akaun 3 KWSP untuk kecemasan, bukan beli telefon bimbit, sport rim mewah
Isu anak MB Perlis: 'Mohd Razlan tidak perlu terkejut'