Wanita Malaysia seludup 12 jongkong emas ditahan di Chennai

No Image Caption
A
A
A

NEW DELHI - Seorang wanita rakyat Malaysia ditahan bersama emas seludup bernilai 25 juta rupee (RM1.47 juta) di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai.

Pegawai kastam India yang bertindak atas maklumat menahan seorang penumpang pada Ahad selepas menemui 12 jongkong emas seberat 6.5 kilogram di dalam bagasinya, menurut siaran akhbar kastam pada semalam.

Wanita berusia 41 tahun itu memberitahu pegawai Unit Perisikan Udara bahawa jongkong emas terbabit akan dihantar kepada seorang individu yang tidak dikenali di luar lapangan terbang tersebut.

Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, K Saravanan berkata, pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat lebih lanjut kes itu.

Awal bulan ini, seorang lelaki rakyat Malaysia ditahan di lapangan terbang Chennai kerana disyaki cuba menyeludup berlian bernilai RM1.34 juta ke India. - Bernama

Artikel Berkaitan: