MAHB tidak tolak niat jahat punca gangguan sistem KLIA

Para penumpang boleh mendapatkan informasi penerbangan mereka melalui kaunter informasi Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) berikutan Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS) yang memaparkan maklumat terkini penerbangan mengalami gangguan dan telah menyebabkan ianya ditutup sementara ketika tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setakat 12 tengah hari tadi. -Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak menolak kemungkinan kegagalan rangkaian yang menyebabkan gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini, berpunca daripada tindakan berniat jahat.

"Bagaimanapun, kami akan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sepenuhnya,” kata pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ia juga berkata rangkaian "semakin stabil.”

Meskipun mengalami gangguan rangkaian beberapa hari lepas, aspek-aspek keselamatan tetap terjaga dengan utuh, kata MAHB.

Ini dapat dilaksanakan hasil kerjasama erat dengan Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, kata syarikat itu.

"Ketika kami menyediakan bantuan sedaya mungkin kepada syarikat penerbangan semasa tempoh itu, bantuan, kerjasama dan sikap timbang rasa yang sama turut diberikan kepada kami oleh syarikat penerbangan.

"Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi melahirkan penghargaan kami kepada syarikat penerbangan dan pihak berkepentingan agensi kami yang saling bekerjasama dalam menyediakan penyelesaian alternatif terbaik,” kata syarikat itu.

Saham MAHB di Bursa Malaysia turun tujuh sen untuk ditutup kepada RM8.56 hari ini dengan 1.83 juta saham bertukar tangan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya gangguan sistem KLIA: Imigresen