Perkukuh perpaduan kaum fokus utama Gagasan Sejahtera: Hadi

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

PUTRAJAYA - Menumpukan agenda untuk menyelamatkan negara pelbagai kaum antara empat ketetapan yang dicapai dalam Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Gagasan Sejahtera di sini hari ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya juga mahu mengukuhkan kerjasama politik dalam kalangan parti komponen Gagasan Sejahtera dalam dalam aspek visi, misi dan organisasi.

“Mesyuarat juga telah bersetuju untuk menumpukan kepada usaha untuk menarik sokongan anak muda dan segenap lapisan masyarakat terhadap visi yang diperjuangkan oleh Gagasan Sejahtera.

“Kita juga bersetuju untuk menerima kerjasama politik penyatuan ummah di antara Pas dan UMNO di atas kerangka taawun siyasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain Pas, Gagasan Sejahtera yang membentuk blok ketiga kini dianggotai dua lagi parti politik iaitu Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Ismaiah Se-Malaysia (Berjasa).

Turut menganggotai gagasan itu ialah kira-kira 200 badan bukan kerajaan (NGO).

Artikel Berkaitan: