Kurangkan politiking, tumpu pada kerja: MB Selangor

Amirudin (tengah) bergambar bersama Wanita PKR Selangor ketika hadir Mesyuarat Wanita Cabang Selangor di Hotel Carlton di sini hari ini.
Amirudin (tengah) bergambar bersama Wanita PKR Selangor ketika hadir Mesyuarat Wanita Cabang Selangor di Hotel Carlton di sini hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Elakkan politiking keterlaluan dan tumpukan kepada kerja bagi memastikan hasrat serta impian rakyat tercapai.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua berkata, ada agenda reformasi yang perlu dilaksanakan jika mahu mengekalkan mandat pentadbiran sehingga pilihan raya akan datang.

"Ada proses reform yang perlu dibuat, kena lihat agenda rakyat secara bersungguh-sungguh dan ketengahkan agenda lain seperti kesihatan serta pendidikan yang perlu dilaksanakan.

"Perubahan itu perlu dilakukan supaya mandat itu dapat dikekalkan sampai pilihan raya akan datang," katanya selepas hadir Majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang Selangor di Hotel Carlton Seksyen 13 di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR, Haniza Talha dan Timbalannya, Dr Daroyah Alwi.

Dalam mesyuarat itu, Amirudin yang juga Pengerusi PKR Selangor menjelaskan, kerajaan negeri mengangkat peranan wanita melalui dasar kuota sebanyak 30 peratus wanita dalam pentadbiran.

"Kita komited dengan dasar 30 peratus wanita dalam pentadbiran sebagai exco, malah jawatan ahli majlis (pihak berkuasa tempatan) juga hampir mencapai sasaran sama.

"Pada tahun ini, kerajaan negeri turut letak wanita sebagai ketua kampung. Ini permulaan yang baik walaupun angkanya masih rendah tapi usaha ke arah itu telah bermula menunjukkan apa yang disasarkan, kita cuba laksanakan," katanya

Artikel Berkaitan: