Nekad kerat zakar stalker

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NEW DELHI - INDIA. Seorang wanita di India bertindak berani mengerat zakar seorang lelaki kerana sering mengganggunya.

Menurut pihak berkuasa, wanita berusia 47 tahun itu bersama dua lelaki membawa mangsa ke kawasan terpencil di Mumbai sebelum melakukan tindakan nekad itu.

"Kami telah menahan wanita itu bersama dua individu lain. Dia mengaku ia adalah rancangannya," kata jurucakap polis, Gajanan Kabdule.

Jelasnya, stalker atau lelaki berusia 27 tahun yang merupakan jiran wanita terbabit pernah menyuarakan rasa cinta pada ibu kepada dua anak itu hingga menyebabkan pertengkaran dengan suaminya.

Wanita itu kemudiannya dibantu oleh dua pemuda di kawasan kejiranannya yang bertindak menghubungi mangsa dan membawanya ke zon industri pada Selasa lalu.

"Kami telah menemui pisau dan zakar mangsa," kata Kabdule.

Polis bagaimanapun tidak mendedahkan identiti wanita itu atau mangsa.

Media tempatan melaporkan mangsa telah menjalani pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya dan dia kini berada dalam keadaan stabil.

Artikel Berkaitan:

Pada 2017, seorang wanita bertindak memotong zakar lelaki yang cuba memperkosanya dalam kejadian di selatan Kerala. - news.com.au