X

Kindly register in order to view this article
!

Himpunan di Brickfields, polis tahan dua lelaki

Peserta himpunan yang menyertai perhimpunan bantah tulisan jawi di Brickfields hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung penganjuran bantah tulisan jawi di Brickfields di sini hari ini.

Penahanan dua lelaki yang dipercayai penganjur himpunan itu dibuat selepas tamat perhimpunan tersebut pada jam 7.30 petang tadi.

Salah seorang penganjur yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penganjuran himpunan di Brickfields.
Salah seorang penganjur yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penganjuran himpunan di Brickfields.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, perhimpunan itu berlangsung tanpa mendapat kebenaran tuan tanah iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Dua lelaki itu ditahan untuk direkod percakapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya kepada pemberita di lokasi himpunan hari ini.

Arifai bertemu dengan pihak penganjur untuk mengarahkan peserta perhimpunan bersurai bagi mengelak tindakan tegas diambil semalam.
Arifai bertemu dengan pihak penganjur untuk mengarahkan peserta perhimpunan bersurai bagi mengelak tindakan tegas diambil semalam.

Arifai berkata, perhimpunan yang bermula jam 7 petang itu disertai kira-kira 500 peserta.

Katanya, polis tidak membenarkan perhimpunan tersebut berlangsung kerana khuatir akan menimbulkan isu sensitif selain menyebabkan kesesakan lalu lintas.

"Perhimpunan bagaimanapun berlangsung dengan aman. Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!