Misi kibar Jalur Gemilang di puncak Annapurna

Peserta misi pendakian mengibarkan Jalur Gemilang Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama Kerajaan Negeri Kedah ke Annapurna, Nepal (Annapurna Base Camp) sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-62.
Peserta misi pendakian mengibarkan Jalur Gemilang Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama Kerajaan Negeri Kedah ke Annapurna, Nepal (Annapurna Base Camp) sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-62.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kerajaan Kedah akan mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Himalaya iaitu Annapurna, Nepal.

Misi pendakian mengibarkan Jalur Gemilang itu akan bermula esok (24 Ogos) dan berakhir pada 5 September 2019.

Ketua misi, Lt. Kol (Pertahanan Awam) Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata, pendakian bersejarah itu membabitkan 15 orang peserta.

"Misi ini diamanahkan oleh Kerajaan Kedah sempena kempen kibar Jalur Gemilang. Kita akan kibar bendera Malaysia di puncak Annapurna pada 31 Ogos.

"Persiapan untuk misi ini sudah dimulakan sejak tiga bulan lalu. Kita yakin matlamat kita untuk sampai di puncak untuk kibar Jalur Gemilang akan terlaksana seperti dirancang," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Pada majlis pelepasan peserta misi, Penaung Briged Kesenian APM yang juga Timbalan Pesuruhjaya Kehormat (Perkhidmatan Awam), Tengku Datuk Seri Kamarulzaman Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar hadir mencemar duli memberikan kata-kata semangat.

Awang Askandar berkata, dalam misi tersebut, mereka juga akan menyampaikan sumbangan kepada pelajar di tiga sekolah di Annapurna melibatkan 150 pelajar.

Artikel Berkaitan: