Dua cedera, kereta rempuh pengadang konkrit

Anggota bomba dan penyelamat membantu mengeluarkan mangsa dari kereta yang remuk.
Anggota bomba dan penyelamat membantu mengeluarkan mangsa dari kereta yang remuk.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Dua cedera selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh pengadang konkrit berhampiran Kampung Sungai Nibong di sini malam tadi.

Kejadian jam 8.45 malam itu mengakibatkan pemandu kereta Proton Saga BLM, Mohamad Izham Sulaiman, 27, mengalami patah kaki kanan dan penumpang, Suhana Md Jamil, 29, disyaki patah bahu kanan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari arah Sungai Besar menghala ke Sekinchan.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, kenderaan terbabit cuba memotong sebuah lori, namun tiba-tiba sebuah motosikal datang dari arah bertentangan.

"Pemandu terbabit dipercayai cuba mengelak ke kiri, tetapi hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pengadang konkrit di sebelah kanan jalan," katanya.

Menurutnya, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan: