Dadah bernilai RM676 juta dirampas

Paddy (tengah) dan Mohd Khalil (empat dari kiri) melihat antara bungkusan dadah dirampas selepas sidang media, hari ini.
Paddy (tengah) dan Mohd Khalil (empat dari kiri) melihat antara bungkusan dadah dirampas selepas sidang media, hari ini.
A
A
A

NILAI - Sebanyak 3,667 kilogram dadah jenis kokain dan ketamin bernilai anggaran RM676 juta berjaya dirampas dalam dua serbuan berasingan di Selangor pada 18 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Paddy Abdul Halim berkata, dalam Ops Soda yang dilakukan, pihaknya bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin dengan anggaran berat 467 kilogram dan beberapa bungkusan dadah jenis kokain seberat 3,200 kilogram.

Katanya, pada jam 4.30 petang pihaknya bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman serta Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (Cobra) telah melakukan serbuan di sebuah premis kedai di Puncak Alam, Selangor dan menemui 11 guni putih light soda ash yang mengandungi dadah jenis ketamin.

No Image Caption

"Dalam serbuan itu seramai empat lelaki tempatan dan sembilan warga asing telah ditahan untuk bantu siasatan. Hasil siasatan awal mendapati guni-guni tersebut dibawa masuk dari Pakistan dan tiba di Pelabuhan Klang sebelum dihantar ke premis tersebut.

"Hasil soal siasat suspek utama telah membawa kepada satu serbuan lagi di sebuah premis kedai di Seksyen U5 Shah Alam pada jam 9.20 malam hari sama, dan menjumpai beberapa bungkusan dadah jenis kokain yang dibawa masuk dari Ecuador dan tiba di Pelabuhan Klang sebelum dihantar ke premis tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Pejabat Cawangan Narkotik Kastam di Kampung Jijan Tengah, Nilai di sini hari ini.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Kata Paddy, Malaysia dijadikan sebagai negara transit sebelum dieksport semula ke negara ketiga.

Tambahnya, perintah reman kesemua suspek yang ditahan berumur 27 hingga 56 tahun telah diperoleh daripada Mahkamah Majisteret Kuala Selangor sehingga 30 Ogos depan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dengan rotan tidak kurang daripada 15 sebatan.