Pasar raya tarik balik jualan Jalur Gemilang terbalik

Sinar Harian melaporkan seorang bapa kecewa apabila sebuah pasar raya di daerah ini menjual Jalur Gemilang terbalik.
Sinar Harian melaporkan seorang bapa kecewa apabila sebuah pasar raya di daerah ini menjual Jalur Gemilang terbalik.
A
A
A

SABAK BERNAM - Sebuah pasar raya di daerah ini sudah mengambil tindakan dengan menarik balik jualan Jalur Gemilang bersaiz kecil terbalik pagi tadi.

Seorang pekerja pasar raya itu yang hanya mahu dikenali sebagai Rosli berkata, pasar raya terbabit tidak menyedari menjual Jalur Gemilang terbalik sehingga tular di media sosial semalam.

"Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat enam Jalur Gemilang bersaiz kecil terbalik dan telah menyimpannya semula.

"Bagaimanapun keseluruhan Jalur Gemilang tidak terbalik dan masih dijual kepada orang ramai," katanya kepada Sinar Harian.

Rosli berkata, pasar raya itu juga didatangi polis yang membuat siasatan berhubung penjualan Jalur Gemilang terbalik.

"Polis juga telah mengambil nombor telefon pembekal Jalur Gemilang berkenaan untuk siasatan lanjut," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan sebuah pasar raya di daerah ini didapati menjual Jalur Gemilang bersaiz kecil terbalik.

Seorang bapa yang ingin dikenali sebagai Mohd Fauze, 41, berkata, dia membeli Jalur Gemilang berharga RM0.60 sen di pasar raya itu kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, dia hanya menyedari bendera itu terbalik sejurus tiba di rumah.