Panik pintu kereta api laju tiba-tiba terbuka!

Kereta api itu bergerak sejauh 4 km dalam keadaan pintu terbuka.
Kereta api itu bergerak sejauh 4 km dalam keadaan pintu terbuka.
A
A
A

TOKYO - Salah sebuah pintu pada kereta api laju Shinkansen di Jepun terbuka ketika ia sedang bergerak pada kelajuan 280 kilometer sejam (km/j) semalam.

Pengendali kereta api itu terpaksa menggunakan hentian kecemasan apabila dia melihat penunjuk ada pintu terbuka.

Bagaimanapun, kesemua 240 penumpang Hayabusa No 46 itu dilaporkan selamat dan terperangkap di dalam terowong selama 15 minit bagi memberi laluan kepada pemeriksaan.

East Japan Railway Company memaklumkan tukang cuci terlupa menutup peranti yang membuka pintu itu secara manual.

Sementara itu, media tempatan melaporkan kereta api itu bergerak sejauh 4 km dalam keadaan pintu terbuka dan mujur tiada penumpang berada berhampiran pintu tersebut.

Kereta api laju itu dilaporkan lewat 19 minit ketika tiba di Tokyo hingga menyebabkan kira-kira 3,000 penumpang mengalami kelewatan.

"Kementerian Pengangkutan Negara telah meminta syarikat itu memastikan kejadian seperti itu tidak lagi berulang," lapor media tempatan.

Difahamkan, kereta api laju Shinkansen yang terlibat dalam kejadian itu boleh mencapai kelajuan maksimum kira-kira 320 km/j, sekali gus menjadikan ia sebagai salah satu kereta api paling laju di bumi. - Agensi

Artikel Berkaitan: