20 militan maut di selatan Wilayah Uruzgan, Afghanistan

No Image Caption
A
A
A
TIRIN KOT - Seramai 20 militan disahkan maut ketika pasukan keselamatan melancarkan operasi pembersihan di daerah Charchino di selatan wilayah Uruzgan, lapor agensi berita Xinhua memetik jurucakap tentera Abdul Ghafar Nuristani pada Rabu.

Menurut pegawai itu operasi dilancarkan pada Selasa malam di beberapa daerah di Charchino dan setakat ini 20 militan disahkan terbunuh manakala beberapa lagi cedera.

Menurut Nuristani, operasi berkenaan akan dijalankan sehingga undang-undang dan peraturan dikuatkuasakan kembali di daerah bergolak itu. Setakat ini, pihak Taliban belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Sementara itu, seramai 18 militan terbunuh dalam serangan di kawasan Eshkamish di wilayah Takhar, kata jurucakap Gabenor wilayah Mohammad Jawad Hajari, hari ini.

Sepuluh lagi pemberontak cedera dalam operasi yang dilancarkan lewat Selasa malam itu, tambahnya.- Bernama
Artikel Berkaitan: