Banjir kilat: Dua sekolah di Tawau ditutup
TAWAU- Sekolah Kebangsaan (SK) Serudong Baru dan SK Kuala Apas, di sini ditutup hari ini akibat banjir kilat berikutan hujan sejak malam tadi.
Pengarah Pendidikan Sabah, Mistirine Radin berkata jambatan ke SK Serudong Baru tidak dapat dilalui ekoran 90 peratus dinaiki air manakala 90 peratus bangunan SK Kuala Apas ditenggelami air sehingga mencecah paras 1 hingga 1.5 meter.
"Sekolah berkenaan tidak beroperasi hari ini disebabkan kawasan sekolah berkenaan dinaiki air dan ditutup atas faktor keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mistirine berkata seramai 55 guru serta 549 pelajar kedua-dua sekolah itu terjejas akibat banjir kilat itu.- Bernama
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Kerajaan Sabah alami defisit hampir RM1 bilion bagi baiki, selenggara jalan
Lebuhraya Pan Borneo Sabah: RM651 juta pampasan kepada pemilik tanah
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
'Saya mohon maaf kepada keluarga mangsa, anggota tentera' - Saifuddin Shafik
[VIDEO] Hantaran jelik hina kru TLDM terkorban, Saifuddin Shafik didenda RM23,000
Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Akaun 3 KWSP untuk kecemasan, bukan beli telefon bimbit, sport rim mewah