Konvoi Kembara Merdeka singgah di Sungai Petani

Md Nordin menurunkan tandatangan sebagai tanda gimik pelancaran.
Md Nordin menurunkan tandatangan sebagai tanda gimik pelancaran.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2019 singgah di Sungai Petani sebagai lokasi ke-28 sejak dilancarkan 3 Ogos lalu oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Konvoi, Dr Haniff Hassan berkata, membabitkan 150 peserta menggunakan 62 buah kenderaan merangkumi 6,200 kilometer bermula dari Dataran Pahlawan Megamall Melaka kini telah merentasi Johor, Kuala Lumpur, Terengganu, Kelantan sebelum singgah di Kedah dan meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang hari ini.

Menurutnya, konvoi akan melalui 62 persinggahan sebagai simbolik sambutan hari kebangsaan ke-62 tahun ini.

Antara yang memeriahkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya.
Antara yang memeriahkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya.

"Objektifnya ialah meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara di samping meningkatkan keyakinan dan sokongan rakyat kepada kerajaan seterusnya memahami konsep Malaysia Baharu," katanya semasa persinggahan KMJG di Dataran Milenium Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya, Tikam Batu, semalam.

Majlis telah disempurnakan olweh Pegawai Daerah Kuala Muda, Md Nordin Yahya, wakil rakyat, pemimpin setempat dan ketua jabatan.

Menurut Haniff, setiap rakyat harus mempunyai semangat sayang dan cintakan negara sekaligus mengekalkan perpaduan biarpun mempunyai perbezaan fahaman politik.

Artikel Berkaitan:

Persinggahan ini merupakan lokasi ke-28 Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 yang disertai 62 buah kenderaan.
Persinggahan ini merupakan lokasi ke-28 Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 yang disertai 62 buah kenderaan.

Pelancaran berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya yang turut serta dalam Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Daerah Kuala Muda itu.

Turut diadakan, Program Merdeka@Komuniti peringkat Daerah Kuala Muda di Sekolah Kebangsaan Haji Omar Tahir, Merbok pada 30 Ogos hingga 1 September nanti dengan pelbagai pengisian bagi memeriahkan bulan kemerdekaan.