Polis siapkan kertas siasatan kes tetak Ketua Polis Daerah Besut

No Image Caption
A
A
A

MARANG - Polis sedang menyiapkan kertas siasatan terhadap seorang suspek yang disyaki menyerang dan menetak putus ibu jaritangan kanan Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rawi Khamis lepas.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental itu masih dalam tempoh reman selama tujuh hari bermula Jumaat lepas.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

"Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini serangan berpunca daripada masalah mental dan sakit hati kerana mangsa (Mohd Zamri) tidak mahu melayan kerenah suspek," katanya selepas menyaksikan

majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Marang di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang hari ini.

Ia menyaksikan Pegawai Turus Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu, DSP Amran @ Mohd. Zaki Omar memangku jawatan Ketua Polis Daerah Marang menggantikan Mohd. Suhaimi Ali yang dinaikkan pangkat kepada Superitendan dan menjadi Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bahru. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Polis Daerah Besut kena tetak

Ibu jari Ketua Polis Daerah Besut terpaksa dibuang semula

Artikel Berkaitan: