Tiga maut dalam rusuhan bola sepak di Honduras

Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital.
Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital.
A
A
A

TEGUCIGALPA - Tiga orang disahkan terbunuh dalam rusuhan bola sepak di Honduras semalam.

Rusuhan tercetus selepas kedua-dua penyokong pasukan Olimpia dan Motagua bertempur di luar Stadium Nasional di Tegucigalpa.

Jurucakap Hospital Escuela, Julieth Chavarria berkata, tujuh orang dikejarkan ke unit kecemasan dan tiga daripada mereka disahkan telah meninggal dunia.

Rusuhan dipercayai bermula ketika bas membawa pemain Motagua diserang menyebabkan tiga pemain cedera.

“Botol dan batu dibaling ke arah kami. Semua pemain ketakutan dan panik,” kata jurulatih Motagua, Diego Vasquez.

Susulan kekacauan itu, Liga Bola Sepak Kebangsaan memutuskan untuk menggantung perlawanan berkenaan.

Difahamkan, kira-kira 10,000 penyokong berada di dalam stadium ketika rusuhan berlaku. - AFP

Artikel Berkaitan: