Dua remaja maut nahas motosikal di Lebuhraya Persekutuan

Kemalangan di Kilometer 17.4 Lebuhraya Persekutuan, Shah Alam pagi semalam meragut nyawa dua remaja. Foto: Ihsan pembaca
Kemalangan di Kilometer 17.4 Lebuhraya Persekutuan, Shah Alam pagi semalam meragut nyawa dua remaja. Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

SHAH ALAM - Dua remaja maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabas melanggar penghadang jalan di Kilometer 17.4 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu mangsa, Mohamad Helmy Zulkhairie Idris, 18 dan Muhammad Syafiq Sahili, 19, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika kedua-dua mangsa menunggang secara laju dari arah Kuala Lumpur ke Klang sebelum bergesel antara satu sama lain.

Menurutnya, akibat pergeseran itu, kedua-dua mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan.

"Kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC135 itu tercampak beberapa meter selepas melanggar penghadang jalan berkenaan.

“Kemalangan menyebabkan kedua-dua mangsa maut akibat parah di kepala," katanya.

Azman berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: