Pencemaran plastik merebak ke Artik

Sampel tersebut diperoleh menggunakan kaedah berteknologi rendah.
Sampel tersebut diperoleh menggunakan kaedah berteknologi rendah.
A
A
A

ALASKA - Kajian terbaharu mendapati zarah mikroplastik jatuh dari langit bersama salji.

Saintis memaklumkan mereka terkejut dengan jumlah zarah yang ditemukan itu iaitu lebih 10,000 per liter.

Kesan keadaan itu kepada kesihatan bagaimanapun masih tidak jelas walaupun wilayah itu dilihat sebagai salah satu persekitaran paling bersih di dunia.

Pasukan penyelidik Jerman-Switzerland turut menerbitkan laporan itu menerusi jurnal Science Advences.

Kajian mereka hasil daripada pengumpulan sampel dari Kepulauan Svalbard menggunakan kaedah berteknologi rendah, sudu pencuci mulut dan botol turut menemukan zarah getah serta gentian dalam salji.

Di makmal Institut Alfred Wegener di Jerman, mereka membuat penemuan lebih banyak zarah tercemar dan kebanyakannya adalah sangat kecil sehingga sukar untuk mengenal pasti dari mana asal objek tersebut.

Kebanyakannya ditemukan daripada bahan semula jadi seperti selulosa tumbuhan dan bulu haiwan.

Terdapat juga zarah plastik yang dijumpai pada tayar getah, cat dan gentian sintetik.

Artikel Berkaitan:

"Kami menjangkakan untuk menemukan pencemaran lain, namun dengan jumlah mikroplastik seperti ini adalah sangat mengejutkan. Sudah jelas majoriti mikroplastik ini berasal dari udara," kata ketua saintis, Dr Melanie Bergmann.

Difahamkan, mikroplastik ditakrifkan sebagai zarah di bawah saiz berukuran 5 milimiter. - Agensi