Padah buka jaket keselamatan, remaja Yaman lemas

No Image Caption
A
A
A

LANGKAWI - Tindakan seorang pelancong warga Yaman membuka jaket keselamatan semasa berada di atas jetski mengundang padah apabila beliau mati lemas dalam kejadian di Pantai Chenang, di sini pagi tadi.

Ketika kejadian yang kira-kira 11.15 pagi itu, Al Shabibi Ibrahim Manueer,17, dikatakan membuka jaket keselamatan dan berswafoto di atas jetski tersebut sebelum terjatuh akibat dipukul ombak.

Pegawai Bencana Operasi dan Latihan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Langkawi Leftenan (PA) Azamshah Apearal berkata, kejadian tersebut disedari pengguna jetski lain yang kemudian membawa lelaki itu ke pantai.

"Mangsa telah dibawa ke Menara Penyelamat Pantai Chenang dan diberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR ) oleh anggota penyelamat pantai APM Daerah Langkawi namun gagal diselamatkan," katanya di sini hari ini.

Azamshah berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha dan disahkan meninggal dunia oleh doktor di hospital tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: