Warga Indonesia di Malaysia sambut kemerdekaan sederhana tapi meriah

Rusdi Kirana merasmikan Majlis Pengibaran bendera Merah Putih Pada Peringatan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia Ke-74 di Kedutaan Republik Indonesia, Kuala Lumpur. - FOTO: ZAHID IZZANI
Rusdi Kirana merasmikan Majlis Pengibaran bendera Merah Putih Pada Peringatan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia Ke-74 di Kedutaan Republik Indonesia, Kuala Lumpur. - FOTO: ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hampir 300 warga Indonesia di Malaysia, menyambut Hari Kemerdekaan negaranya Kali Ke-74 dalam suasana yang sederhana tapi cukup meriah.

Sambutan yang dimulakan seawal jam 8 pagi di pejabat besar kedutaan Indonesia Kuala Lumpur turut disertai para pelajar sekolah dasar (sekolah rendah) dan sekolah menengah atas (sekolah menengah), selain warganya yang menetap di sini.

Menurut Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana sambutan kemerdekaan kali ini cukup bermakna kerana keadaan Indonesia kini semakin baik selain hubungan yang terjalin antara Indonesia-Malaysia yang semakin harmonis.

Para pelajar sekolah dasar (sekolah rendah) dan sekolah menengah atas (sekolah menengah) dan warga Indonesia yang menetap di negara ini turut hadir. - FOTO: ZAHID IZZANI
Para pelajar sekolah dasar (sekolah rendah) dan sekolah menengah atas (sekolah menengah) dan warga Indonesia yang menetap di negara ini turut hadir. - FOTO: ZAHID IZZANI

"Kita mahu menuju Indonesia yang lebih baik dari daya sumber manusianya, masyarakatnya kompetitif di peringkat antarabangsa dan ke arah ekonomi yang lebih baik.

"Alhamdulillah hubungan Malaysia-Indonesia sangat baik kerana minggu lalu Presiden Bapak Jokowi datang ke Malaysia yang merupakan kunjungan pertama beliau ke negara Asean setelah terpilih semula menjadi presiden untuk kali kedua," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Rusdi Kirana beramah mesra bersama warga Indonesia di Malaysia pada majlis berkenaan. - FOTO: ZAHID IZZANI
Rusdi Kirana beramah mesra bersama warga Indonesia di Malaysia pada majlis berkenaan. - FOTO: ZAHID IZZANI

Sementara menyentuh mengenai pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan, Rusdi berkata beliau sangat mendukung perkara berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Saya merasakan keputusan yang baik kalau lihat di Jakarta itu sendiri sudah terlalu macet (sesak) ada baiknya dipindahkan ke Kalimantan," katanya.

Upacara mengibar bendera Merah Putih sempena Peringantan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia Ke-74 di Kedutaan Republik Indonesia, Kuala Lumpur. - FOTO: ZAHID IZZANI
Upacara mengibar bendera Merah Putih sempena Peringantan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia Ke-74 di Kedutaan Republik Indonesia, Kuala Lumpur. - FOTO: ZAHID IZZANI