Mayat Nora Anne sudah dituntut

Mayat akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mayat akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
A
A
A

SEREMBAN - Mayat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin yang berada di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, dituntut jam 12.42 malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, mengesahkan perkara itu selepas menerima maklumat daripada pihak hospital.

“Saya dimaklumkan mayat Nora Anne baru sahaja dituntut.

“Difahamkan mayat akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.

Terdahulu sebuah van berwarna kelabu bersama beberapa individu yang dipercayai bukan ahli keluarga Nora Anne tiba di pekarangan Jabatan Forensik jam 12.38 tengah malam.

Mayat Nora Anne dituntut malam tadi di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
Mayat Nora Anne dituntut malam tadi di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Bagaimanapun, tiada ahli keluarga kelihatan ketika proses menuntut mayat itu berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja warga Ireland dilapor hilang di Seremban

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, gadis Ireland yang mengalami masalah pembelajaran itu dilaporkan hilang dari resort The Dusun jalan Pantai di sini pada 4 Ogos lalu, semasa bercuti bersama ibu, Maebh Jaseprine Quorin, 46, dan bapa, Sebastian Marie Philipe, 47, serta dua adiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlerai persoalan, lapar, stres punca Nora Anne maut

Kelmarin, Mohamad pada sidang media mengesahkan Nora Anne meninggal dunia disebabkan kebocoran usus akibat ketiadaan makanan dalam tempoh yang lama dan stres berpanjangan.

Mohamad berkata, hasil bedah siasat mendapati remaja malang itu telah meninggal dunia dua atau tiga hari sebelum mayatnya dijumpai pada Selasa, 13 Ogos lalu di kawasan lurah berhampiran anak sungai, 2.5 kilometer daripada resort berkenaan, selepas 10 hari dia dilaporkan hilang dari bilik penginapannya.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 hari kehilangan Nora Anne akhirnya terungkai