'Greenland bukan untuk dijual'

Perbincangan tentang pembelian Greenland itu pertama kali dilaporkan menerusi Wall Street Journal.
Perbincangan tentang pembelian Greenland itu pertama kali dilaporkan menerusi Wall Street Journal.
A
A
A

COPENHAGEN - Greenland hari ini menolak tanggapan bahawa negara itu mungkin akan dijual selepas terdapat laporan yang mendakwa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ada berbincang secara persendirian dengan penasihat beliau untuk membeli pulau terbesar di dunia itu.

"Kami terbuka untuk urusan perniagaan, namun bukan untuk dijual," kata Menteri Luar, Ane Lone Bagger.

Trump dijangka melawat Copenhagen pada bulan depan dan Artik akan menjadi agenda ketika mesyuarat bersama Perdana Menteri negara itu dan Greenland yang merupakan wilayah autonomi Denmark.

Perbincangan tentang pembelian Greenland pertama kali dilaporkan menerusi

Wall Street Journal dan ia turut dianggap sebagai bahan jenaka oleh beberapa penasihat Trump di Rumah Putih.

Ahli politik Denmark juga mencemuh idea itu.

"Ia pasti gurauan April Fool dan sudah lapuk," kata bekas Perdana Menteri, Lars Lokke Rasmussen menerusi Twitter.

Jurucakap Hal Ehwal Luar untuk Parti Rakyat Denmark, Soren Espersen turut menyelar rancangan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Tanggapan Denmark akan menjual 50,000 rakyat kepada AS sememangnya tidak masuk akal!" tegasnya.

Greenland yang ditadbir sendiri dan sebahagian daripada Denmark terletak antara Atlantik Utara dan Lautan Artik bergantung kepada sokongan ekonomi Copenhagen.

Ia mengendalikan sendiri urusan domestik manakala Denmark menjaga dasar pertahanan dan luar.

"Saya percaya majoriti penduduk Greenland percaya lebih baik mempunyai hubungan dengan Denmark berbanding AS untuk tempoh jangka masa panjang," kata ahli Parlimen Parti kedua terbesar, Inuit Ataqatigiit (IA), Aaja Chemnitz Larsen.

Difahamkan, Greenland turut mendapat perhatian kuasa dunia lain termasuk China dan Rusia kerana lokasi strategik dan sumber mineralnya. - Reuters

ARTIKEL BERKAITAN: Trump mahu beli Greenland