Ibu jari Ketua Polis Daerah Besut berjaya disambung

Mazlan (kiri) menyampaikan buah tangan kepada isteri Mohd Zamri, Azini Mamat ketika melawat mangsa di HUSM hari ini.
Mazlan (kiri) menyampaikan buah tangan kepada isteri Mohd Zamri, Azini Mamat ketika melawat mangsa di HUSM hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Ibu jari kanan Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi yang cedera selepas ditetak semalam berjaya disambung semula melalui pembedahan petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, mangsa kini stabil selepas menjalani pembedahan selama 14 jam di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

“Alhamdulillah, beliau baru sahaja keluar dari bilik pembedahan pagi ini dan ibu jari kanannya berjaya disambung semula selepas pembedahan petang semalam. Saya dimaklumkan keadaan beliau kini stabil dan masih dalam pemantauan pihak doktor di sini.

“Tiada unsur boleh dikaitkan dengan perkara yang mengancam keselamatan Ketua Polis Daerah dan ia hanya masalah pesakit mental, bukan unsur jenayah lain. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua doktor dan petugas hospital yang merawat anggota kami,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Mohd Zamri di HUSM hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail.

Beliau berkata, suspek telah ditangkap dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Sementara itu, Pengarah HUSM, Prof Datuk Dr Ahmad Sukari Halim berkata, pembedahan untuk menyambung semula ibu jari kanan mangsa dijalankan bermula jam 5 petang semalam sehingga jam 7 pagi tadi.

Dalam kejadian semalam, mangsa berusia 55 tahun ditetak oleh jirannya pada jam 12.50 tengah hari di depan rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih.

Artikel Berkaitan:

Mangsa cedera parah terkoyak kulit kepala dan putus ibu jari kanan ketika cuba menyelamatkan diri daripada suspek.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ketua Polis Daerah Besut kena tetak

Suspek tetak Ketua Polis Daerah Besut direman tujuh hari