[VIDEO] Hentikan penindasan ke atas orang awam Kashmir

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid pada Penyerahan Petisyen Solidariti bersama Kashmir di Kedutaan India hari ini. Penyerahan Petisyen ini mengenai desakan pemansuhan status istimewa Kashmir oleh kerajaan India. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid pada Penyerahan Petisyen Solidariti bersama Kashmir di Kedutaan India hari ini. Penyerahan Petisyen ini mengenai desakan pemansuhan status istimewa Kashmir oleh kerajaan India. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), menggesa kerajaan India menghentikan penindasan terhadap orang awam Kashmir serta mengembalikan hak demokrasi di wilayah berkenaan.

Penyerahan Petisyen Solidariti bersama Kashmir di Kedutaan India hari ini. Penyerahan Petisyen ini mengenai desakan pemansuhan status istimewa Kashmir oleh kerajaan India. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Penyerahan Petisyen Solidariti bersama Kashmir di Kedutaan India hari ini. Penyerahan Petisyen ini mengenai desakan pemansuhan status istimewa Kashmir oleh kerajaan India. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, gesaan itu disuarakan Mapim menerusi penghantaran petisyen bantahan di Kedutaan India di sini hari ini.

"Kami mengutuk pemansuhan Artikel 370 Perlembagaan India baru-baru ini yang memansuhkan status Istimewa Kashmir.

"Pemansuhan itu tidak sah, ia merupakan perampasan total Kashmir oleh India, kembalikan Kashmir seperti dulu," katanya pada sidang akhbar hari ini.

FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Dalam pada itu katanya, Mapim turut bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa perundingan damai antara India dan Pakistan.

Sementara itu, Mohd Azmi turut menggesa agar semua masjid di seluruh negara melaksanakan sembahyang hajat.

Artikel Berkaitan:

"Terutamanya masjid di Kuala Lumpur dan Selangor untuk memohon ALLAH melindungi rakyat Kashmir dari penindasan operasi tentera India," katanya.

FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Tambahnya, beliau juga berharap agar Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) mengambil pendirian tegas terhadap keputusan sepihak oleh India dan bersatu menyatakan solidariti dengan rakyat Kashmir.

Pada minggu lalu, Kerajaan India dikatakan tergesa-gesa membatalkan status khas Kashmir, beberapa jam selepas mengenakan kawalan keselamatan besar-besaran di rantau berkenaan.

FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Menteri Dalam Negeri India Amit Shah memberitahu Parlimen, kerajaan India sudah menandatangani perintah untuk membatalkan Perkara 370 Perlembagaan yang memberi kuasa autonomi khas kepada rantau Himalaya itu.

Kashmir dibahagikan antara India dan Pakistan sejak mencapai kemerdekaan pada 1947.

Wilayah ditadbir India berdepan serangan pemberontakan selama tiga dekad, menyebabkan puluhan ribu orang terbunuh.

LANGSUNG: Penyerahan petisyen solidariti bersama Kashmir di Kedutaan India hari ini. (Bantah India hapus status Istimewa Kashmir Perkara 370 Perlembagaan India). Laporan MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI DAN SHARIFUDIN ABDUL RAHIM.

Posted by Sinar Harian on Wednesday, August 14, 2019