11 ditahan bantu siasatan kes bunuh di Taman Sri Pulai

Ibrahim pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini hari ini.
Ibrahim pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 11 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh dan mencederakan dua individu dalam kejadian di Taman Sri Pulai, Kangkar Pulai, di sini 10 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, kesemua ditahan merupakan lelaki berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun.

"Sebelum ini, polis telah menahan lima suspek dan sehingga pagi tadi, keseluruhan tangkapan adalah 11 orang.

"Polis masih lagi mengesan individu-individu lain yang disyaki turut terlibat dalam kejadian ini," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera selepas diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang dalam kejadian di Taman Sri Pulai, Kangkar Pulai, di sini 10 Ogos lalu.

Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa sebelum itu meminum minuman keras bersama tiga rakannya di taman permainan di kawasan tersebut sebelum sekumpulan individu datang membawa parang, seterusnya menetak mangsa di kepala dan tangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki maut ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang

Artikel Berkaitan: