redONE teruskan tradisi korban

Mohd Hashrul (kiri) berganding bahu bersama rakan niaga dan AJK Surau Bukit Mentok bagi menjayakan Program Red Qurban.
Mohd Hashrul (kiri) berganding bahu bersama rakan niaga dan AJK Surau Bukit Mentok bagi menjayakan Program Red Qurban.
A
A
A

KEMAMAN - redONE Terengganu bergotong-royong bersama ahli jawatankuasa (AJK) Surau Bukit Mentok mengorbankan lapan ekor lembu sempena Aidiladha tahun ini.

Timbalan Pengurus Jualan redONE Terengganu, Mohd Hashrul Shahirman Abd Hashim berkata, program itu menjadi rutin redONE setiap tahun bagi menghargai dan meraikan rakan niaga redONE.

Menurutnya, pada masa sama pihaknya turut menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat setempat bagi menunjukkan keprihatinan redONE terhadap masyarakat.

"Pada tahun ini redONE mengadakan majlis Red Qurban di dua tempat di setiap negeri di Wilayah Timur.

Mohd Hashrul memotong daging sebelum ia diagihkan kepada masyarakat setempat.
Mohd Hashrul memotong daging sebelum ia diagihkan kepada masyarakat setempat.

"redONE amat berbesar hati dan berterima kasih kepada rakan niaga Kemaman dan AJK Surau Bukit Mentok kerana bekerjasama sehingga siap mengagihkan daging korban kepada masyarakat setempat," katanya yang mewakili Pengarah Jualan Red ONE Wilayah Timur, Steven Yong.

Mohd Hashrul berkata, program tersebut juga dijalankan untuk memberi signal kepada masyarakat setempat dan rakan niaga bahawa redONE sentiasa di hati masyarakat dengan sentiasa membawa slogan redONE back to basic dan redONE adalah Postpaid Paling Jimat.

Menurutnya, pelan pasca bayar terbaru yang sentiasa menjadi ingatan ialah Amazing 28+ iaitu Data 8GB dan Amazing 58 iaitu 25GB.

Artikel Berkaitan:

Mohd Hashrul (duduk, kanan) melapah lembu korban bersama-sama masyarakat.
Mohd Hashrul (duduk, kanan) melapah lembu korban bersama-sama masyarakat.

Katanya, sebagai hadiah untuk rakan niaga pihaknya menawarkan Cabaran Bonanza Kereta BMW X1 dan Perodua Aruz yang dibuat di majlis makan malam bersama Rakan Niaga Jan 2020 @ Genting berdasarkan terma dan syarat.

"Sempena majlis Red Qurban 201,9 redONE akan teruskan program ini setiap tahun agar menjadi sebahagian rutin program untuk menghargai rakan niaga dan masyarakat setempat," katanya.