DAP nekad 'langgar' Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama
Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin DAP dilihat semakin nekad untuk 'melanggar' Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beberapa menteri bertindak membangkitkan tiga isu hangat dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung siang tadi.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, tiga perkara yang disuarakan itu melibatkan pengajaran tulisan khat dan jawi, isu Lynas serta desakan agar Malaysia menghantar pendakwah dari India, Dr Zakir Naik ke negara asalnya.

"Sudah nekad benar nampaknya pemimpin DAP mahu 'melanggar' Dr Mahathir dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

"Akan berjayakah menteri-menteri DAP mempengaruhi ahli-ahli Kabinet lain supaya menyokong agenda mereka?" katanya menerusi satu tulisan di portal HarakahDaily hari ini.

Menurut Kamarul Zaman lagi, beliau percaya tindakan yang dilakukan pemimpin DAP dalam mesyuarat tertinggi kerajaan itu kerana bertujuan untuk mengubah hala tuju politik negara.

"Sama ada DAP menang atau kalah hari ini, yang pasti ialah kenekatan mereka akan mengubah hala tuju politik negara," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Zakir tak boleh tinggal di Malaysia’

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran menyatakan pendirian mereka agar pendakwah dari India, Dr Zakir Naik tidak dibenarkan tinggal di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Dua menteri dari DAP itu dalam satu kenyataan bersama berkata, pendirian itu telah disuarakan kepada Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Selain isu Zakir, pengenalan tulisan khat dan jawi serta isu Lynas semakin memperlihatkan percanggahan ketara antara pimpinan parti komponen Pakatan Harapan (PH).