Armada bidas kenyataan Charles Santiago

Muzzammil
A
A

SHAH ALAM - Armada Bersatu membidas kenyataan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang menggesa Pakatan Harapan (PH) mengkaji semula kuasa berlebihan di tangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Exconya, Muzzammil Ismail berkata, Charles perlu sedar bahawa perkara paling utama apabila menjadi kerajaan adalah mengurus kesatuan politik.

“Kita ada tanggungjawab dan kuasa mengikut bidang masing-masing. Kadang-kadang bila dah berkuasa jangan pula menjadi besar kepala dan tidak tahu peranan Perdana Menteri, Pengerusi, dan Ketua.

ARTIKEL BERKAITAN:

MP Klang desak kaji semula isu Dr Zakir Naik, tulisan khat

Maszlee pertahan Tun M, dakwa MP Klang sebar pembohongan

“Armada mengkritik sekeras-kerasnya sikap dan ketidakmatangan Ahli Parlimen Klang ini yang cuba membina tembok lebih tinggi dan meretakkan kesatuan yang ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Charles mendesak Majlis Presiden PH mengkaji proses membuat keputusan susulan keputusan kerajaan terhadap isu tulisan jawi dan seni khat serta isu lain termasuk pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik.

Dakwanya Dr Mahathir sering membuat keputusan secara unilateral dan ada terlalu banyak kuasa di tangan Perdana Menteri yang sepatutnya dikongsi secara sama rata dalam kalangan parti komponen PH.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia