Lebuhraya AMJ nyaris ragut nyawa

Akibat kemalangan 3 Ogos lalu, Aziz mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri dan kanan, patah tulang pipi, lidah terkoyak selain luka di tangan serta muka.
Akibat kemalangan 3 Ogos lalu, Aziz mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri dan kanan, patah tulang pipi, lidah terkoyak selain luka di tangan serta muka.
A
A
A

MELAKA - Seorang peniaga nyaris maut selepas terjatuh daripada motosikal yang ditunggang dipercayai berpunca daripada permukaan jalan tidak rata di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) di Sungai Rambai, Jasin pada 3 Ogos lalu.

Abdul Aziz Ibrahim, 49, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika dia bersama tiga rakannya menunggang motosikal secara berasingan untuk balik ke Melaka selepas menikmati makan malam di Parit Jawa, Muar, Johor.

Aziz mendakwa, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan sehingga struktur permukaan jalan berlekuk dan mengakibatkan dia tercampak dari motosikal.

"Syukur umur saya masih panjang, kalau tidak sudah pasti nyawa saya melayang.

"Bayangkan kalau perkara lebih buruk terjadi kepada saya siapa yang akan bertanggungjawab," katanya ketika ditemui di rumahnya di Ayer Molek di sini hari ini.

Menurut Aziz, semasa kemalangan itu, rakannya memberitahu dia melambung sebaik melalui lokasi berkenaan sebelum tercampak ke jalan.

Dia berkata, kejadian itu berlaku dengan pantas dan dia hanya tersedar selepas pengsan kira-kira lima minit.

"Di belakang kami ketika itu terdapat dua buah bas yang jaraknya kira-kira 100 meter. Kalaulah dua kawan ini tidak bertindak cepat menahan bas mungkin saya digilis.

Artikel Berkaitan:

"Akibat kemalangan itu, saya kini mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri dan kanan, patah tulang pipi, lidah terkoyak selain luka di tangan serta muka," katanya.

Dakwanya, ketika menghampiri kawasan berkenaan, semasa kejadian tidak kelihatan papan tanda amaran atau mengatakan lokasi itu dalam penyelenggaraan.

"Daripada gambar yang diperoleh memang menunjukkan jalan di situ tidak elok dan berlekuk.

"Saya berharap pihak bertanggungjawab yang melakukan kerja penyelenggaraan jalan agar lebih menitikkan soal keselamatan kerana sekiranya berlakunya kecuaian ia boleh meragut nyawa," katanya.