Bacaan IPU lima kawasan di Sabah sederhana

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lima kawasan di Sabah iaitu Sandakan, Kota Kinabalu, Kimanis dan Keningau dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan berada pada tahap sederhana petang ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Sandakan 55, Kimanis (56), Keningau (58), Kota Kinabalu (60) dan WP Labuan 69.

Sementara di daerah Tawau berada pada tahap baik iaitu 50. Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). -Bernama

Artikel Berkaitan: