Lancar petisyen keadilan buat Syed Muhammad Daniel

Petisyen ‘Keadilan buat kematian Syed Muhammad Daniel Syed Syakir’ dilancarkan warganet hari ini.
Petisyen ‘Keadilan buat kematian Syed Muhammad Daniel Syed Syakir’ dilancarkan warganet hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Petisyen bagi mendapatkan keadilan di atas kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, dilancarkan warganet hari ini.

Petisyen yang dinamakan ‘Keadilan buat kematian Syed Muhammad Daniel Syed Syakir’ dibuat oleh Muhammad Al Hakim Sayed Nasir.

Usaha yang dilakukan warganet itu susulan kematian Syed Muhammad Daniel selepas berlaku perselisihan faham setelah insiden kemalangan di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara - Selatan, berhampiran susur Bandar Baru Bangi kelmarin.

Sehingga jam 2.30 petang hari ini, petisyen tersebut yang digerakkan melalui platform change.org telah mengumpul 505 tandatangan warganet.

Dalam kejadian pukul 1.40 petang itu, Syed Muhammad Danial maut setelah berlaku perselisihan faham dalam kemalangan, berikutan itu sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an ditahan reman selama tujuh hari sehingga 17 Ogos depan bagi membantu siasatan.

Seorang netizen, Md Salleh Shahibbudin Shariffudin yang telah menandatangani petisyen berkenaan mengharapkan keadilan buat arwah Syed Muhammad Daniel.

“Saya mahu keadilan untuk mangsa dan keluarganya. Jangan lindungi sesiapa,” katanya.

Seorang lagi netizen, Ahmad Zulhilmi berkata, tidak wajar untuk mengaitkan insiden ini dengan isu perkauman sebaliknya ia merupakan isu kemanusiaan.

Artikel Berkaitan:

“Keadilan perlu ditegakkan. Tolak ke tepi perkauman, ini adalah kemanusiaan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis nafi lelaki maut disebabkan perkauman

Lelaki maut selepas selisih faham

Polis rakam keterangan saksi kemalangan