Mayat nelayan terjatuh ketika ribut ditemukan

Mayat mangsa dijumpai terdampar berhampiran kawasan pantai oleh anggota Rela lewat petang semalam.
Mayat mangsa dijumpai terdampar berhampiran kawasan pantai oleh anggota Rela lewat petang semalam.
A
A
A

JERLUN - Mayat seorang nelayan yang disyaki terjatuh dari bot fiber semasa cuaca buruk dan laut bergelora Jumaat lalu, ketika Kedah dilanda ribut ditemukan di perairan Titi Tok Arab, lewat petang semalam.

Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, mayat mangsa, Azimat Hassan, 62, ditemui terdampar berhampiran kawasan pantai oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang melakukan pencarian di kawasan itu pada 6.25 petang.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari kedua itu turut dibantu pesawat udara milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), pesawat King Air yang melakukan pencarian dari udara.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar,” katanya.

Mahmad Faizal berkata, operasi pencarian turut disertai seramai 40 nelayan setempat bersama 27 bot nelayan dalam usaha mencari nelayan yang dilaporkan hilang itu.

“Operasi yang diselaraskan APMM Kuala Kedah itu turut melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, PDRM dan Rela.

Jumaat lalu, Maritim Malaysia Kuala Kedah menerima maklumat daripada anak mangsa yang memaklumkan bapanya disyaki terjatuh dari bot fiber semasa kejadian ribut yang melanda beberapa daerah di Kedah.

Artikel Berkaitan: