Tidak boleh bertembung pendapat antara Speaker DUN, ahli dewan

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
A
A
A

KOTA BHARU - Keadaan pertembungan pendapat antara ahli dewan dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak seharusnya berlaku dalam sesebuah sidang dewan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, apa yang berlaku melibatkan Sidang DUN Selangor melakar sejarah kepada negeri itu.

“Bagi saya, tidak patut bertembung antara speaker dengan Exco. Bila minta pendekkan sidang dewan, menyebabkan beberapa usul tidak dapat dibuat selain menyebabkan dewan itu sendiri hilang fungsi.

“Exco Selangor perlu lihat ia insiden yang paling malang. Speaker seharusnya berunding terlebih dahulu. Bila yang sepatutnya di bentang tetapi tidak dilakukan, maka ia akan menjadi terencat dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengikut jadual, persidangan sepatutnya berlangsung selama sembilan hari bermula 29 Julai hingga 9 Ogos, namun mesyuarat yang bermula Isnin lalu hanya berlangsung dua hari sehingga Rabu.

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa tempoh perbahasan Sidang DUN Selangor dipendekkan kerana mempunyai alasan tersirat untuk menghalang Exco Agama Islam iaitu Menteri Besar,

Amirudin Shari daripada membentangkan satu rang undang-undang (pindaan) kemasukan agama Islam.

Walaupun pelbagai pandangan diutarakan mengapa sidang tersebut dipendekkan, namun sehingga kini punca Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Kedua itu ditangguhkan tidak dapat dipastikan.

Artikel Berkaitan: