Rasuah: Anak bekas Presiden Pakistan ditahan

Maryam Nawaz
Maryam Nawaz
A
A
A

LAHORE - Biro Akauntabiliti Nasional (NAB) Pakistan yang bertanggungjawab memerangi rasuah di negara itu semalam menahan anak bekas Perdana Menteri, Maryam Nawaz atas dakwaan rasuah melibatkan operasi kilang gula Chaudhry.

Memetik laporan Reuters, Maryam Nawaz ditahan pegawai NAB bersama saudara lelakinya, Yousaf Abbas ketika mahu melawat bapanya di Penjara Lahore.

"Maryam dan Abbas ditangkap dalam kes dakwaan rasuah di Kilang Gula Chaudhry," kata seorang jurucakap Parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N), Azma Bukhari.

Sementara itu, jurucakap NAB mengesahkan Maryam dan Abbas ditangkap tetapi tidak mendedahkan lokasi penahanan mereka yang akan ditentukan ibu pejabat NAB di Islamabad.

Kilang Gula Chaudhry milik keluarga bekas Presiden Pakistan, Nawaz Sharif itu didakwa digunakan untuk pencucian wang rasuah.

Artikel Berkaitan: