Lapangan terbang Arab Saudi jadi sasaran dron Houth

No Image Caption
A
A
A

RIYADH - Pemberontak Houthi dan angkatan bersenjata Yamen melancarkan dua serangan dron terbaharu menyasarkan sebuah lapangan terbang di barat daya wilayah Asir, Arab Saudi.

Serangan pertama menyasarkan menara kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha, disusuli serangan kedua ke atas sasaran strategik di kemudahan itu.

Jeneral Yahya Saree berkata, serangan itu sebagai tindak balas terhadap tindakan keras Arab Saudi ke atas penduduk Yamen.

Tentera pakatan diketuai Arab Saudi melancarkan kempen ketenteraan ke atas Yamen pada Mac 2015 selepas bekas Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi digulingkan militan daripada pergerakan Ansarullah. - Press TV

Artikel Berkaitan: