Sekurang-kurangnya dua maut letupan di utara Rusia

Kejadian berlaku di sebuah pangkalan tentera yang digunakan untuk menguji peluru berpandu.
Kejadian berlaku di sebuah pangkalan tentera yang digunakan untuk menguji peluru berpandu.
A
A
A

MOSCOW - Sekurang-kurangnya dua orang maut dalam satu kejadian letupan di utara Rusia hari ini.

Kementerian pertahanan dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku di sebuah pangkalan tentera yang digunakan untuk menguji peluru berpandu.

“Ketika satu ujian dijalankan ke atas bahan pendorong cecair enjin jet, letupan berlaku menyebabkan peralatan terbabit terbakar.

"Akibatnya enam kakitangan kementerian pertahanan dan seorang pemaju tercedera.

"Dua pakar terbunuh selepas mengalami cedera parah namun tahap radiasi berhampiran kelengkapan itu berada pada paras normal," kata kementerian.

Seorang jurucakap pangkalan tentera yang terletak di wilayah Arkhangelsk berkata, tiada pencemaran radiasi berlaku.

Kemalangan itu adalah yang kedua dialami tentera Rusia dalam masa kurang seminggu.

Isnin lalu, sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan lapan cedera serta ribuan lagi terpaksa dipindahkan dari kediaman mereka susulan kebakaran di depot yang terletak di wilayah Krasnoyarsk, Siberia. - AFP

Artikel Berkaitan: