Isu Jalur Gemilang: UMNO gesa tarik balik gelaran Tan Sri

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii mencadangkan agar gelaran Tan Sri yang dianugerahkan kepada Pengerusi Country Height Holding Berhad ditarik balik susulan kontroversi Jalur Gemilang yang dicetuskan ahli perniagaan itu.

Menurutnya, hukuman perlu dikenakan untuk memberi pengajaran kepada orang-orang kenamaan untuk sentiasa bersikap patriotisme dan cintakan negara.

“Tan Sri Lee Kim Yew merupakan seorang rakyat Malaysia yang mengecapi kekayaan di negara ini. Sebagai seorang yang bergelar Tan Sri, sepatutnya beliau menunjukkan teladan yang lebih baik untuk menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam masyarakat Malaysia.

“Apabila beliau menghina Jalur Gemilang, gelaran Tan Sri yang dikurniakan kepada beliau perlu digugurkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, ahli perniagaan itu dikritik hebat oleh netizen yang menyifatkan beliau sebagai biadab kerana memuat naik gambar Jalur Gemilang dengan menukar warna putih pada Jalur Gemilang kepada warna hitam.

Tindakan itu sebagai tanda protes terhadap pelaksanaan tulisan khat di sekolah vernakular.

Bagaimanapun beliau hari ini telah memohon maaf dan berharap generasi muda tidak mengulangi kesilapannya dan telah memperbetulkan semula grafik bendera Malaysia kepada keadaan asal.

ARTIKEL BERKAITAN: Jalur Gemilang berwarna hitam, Tan Sri mohon maaf

Artikel Berkaitan: