Sinar Harian pertahan kejuaraan boling wanita

Noor Ainon menerima hadiah utama berupa televisyen LED 40" selaku johan kategori wanita dalam Kejohanan Boling Media Perak malam tadi
Noor Ainon menerima hadiah utama berupa televisyen LED 40" selaku johan kategori wanita dalam Kejohanan Boling Media Perak malam tadi
A
A
A

WARTAWAN Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof mengekalkan kedudukan selaku juara boling wanita bagi dua kali berturut-turut dalam Kejohanan Boling Media Perak malam tadi.

Kemenangan beliau mengetepikan saingan daripada 24 peserta wanita lain untuk membawa pulang hadiah utama berupa televisyen LED 40".

Tempat kedua bagi kategori sama dimenangi Siti Hajar Mohd Salleh daripada Bernama dan wartawan akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Yang Sook Yee di tempat ketiga.

Masing-masing membawa pulang mesin basuh 8 kilogram dan penyejuk udara.

Setiap peserta pulang dengan hadiah-hadiah menarik dan lumayan yang disediakan.
Setiap peserta pulang dengan hadiah-hadiah menarik dan lumayan yang disediakan.

Program anjuran Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) itu disertai hampir 90 wartawan, jurufoto dan jurukamera daripada 20 agensi media cetak, elektronik dan portal berita di Perak.

Bagi kategori lelaki pula, wartawan Harian Metro dan Berita Harian mengungguli tempat pertama dan kedua menerusi Mohd Hafizee Mohd Arop dan Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi sementara Muhammad Faridzul Azmir Hamid daripada RTM di tempat ketiga.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan Mohd Hafizee itu telah menidakkan peluang juara sebelum ini dan pemain pilihan yang lain apabila mereka sekadar berpuas hati di kelompok 10 terbaik.

Selain tiga hadiah utama, kejohanan turut menyediakan 40 hadiah perkakas dapur dan barangan elektrik antaranya ketuhar gelombang mikro, dapur elektrik, pembersih hampagas, periuk nasi, mesin pengadun, kipas dan set kuali.

Turut disediakan 35 hadiah saguhati berupa headfone dan dash cam, kad minyak sumbangan Universiti Teknologi Petronas (UTP) serta penginapan percuma dua hari satu malam di Bukit Merah Laketown Resort tajaan MK Land Holdings Berhad.

Hampir 90 pengamal media Perak memeriahkan Kejohanan Boling Media Perak malam tadi.
Hampir 90 pengamal media Perak memeriahkan Kejohanan Boling Media Perak malam tadi.

Pengerusi PPMP, Sayed Mohd Hesham Sayed Idris dalam ucapannya berkata, program kali ini diadakan dalam skala lebih besar untuk memberi ruang lebih ramai rakan media menyertai dan membawa pulang hadiah-hadiah lumayan.

"Ini juga sebagai satu tanda penghargaan ke atas tugas media yang selama ini sering terikat dengan jadual kerja tidak menentu dalam melaporkan isu-isu terkini untuk pembaca.

"Paling penting, kita mahu setiap dana dan sumbangan yang diperoleh sama ada menerusi syarikat atau badan korporat dapat dikembalikan untuk manfaat bersama warga media," katanya.

Kali pertama kejohanan sama diadakan adalah pada 2017 lalu.