Dua sahabat kantoi curi beras, coklat

Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas ditangkap mencuri di pasar raya di bandar raya ini malam tadi.
Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas ditangkap mencuri di pasar raya di bandar raya ini malam tadi.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Cubaan dua sahabat mencuri tiga kampit beras jati di sebuah pasar raya di bandar raya ini gagal selepas dicekup pekerja pasar raya berkenaan, dalam kejadian malam tadi.

Kedua-dua lelaki masing-masing berusia 33 dan 35 tahun itu ditangkap oleh dua pekerja yang bertugas di bahagian pembekal barang semasa mereka bertindak selamba keluar dari pintu masuk di kawasan berkenaan, kira-kira jam 10.30 malam.

Menurut sumber, sebelum itu kedua-dua suspek dilihat berlegar-legar di ruang barangan dapur sambil salah seorang daripadanya menolak troli dipercayai diambil di luar pasar raya berkenaan.

"Gelagat mereka yang mencurigakan itu diperhatikan pekerja bertugas sebelum mendapati dengan selamba kedua-dua suspek keluar melalui pintu masuk di bahagian pembekalan barang tanpa membuat sebarang bayaran.

"Tanpa berlengah, pekerja terlibat terus bertindak menangkap mereka yang ketika itu cuba melarikan diri," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber berkata, hasil siasatan kedua-dua suspek mengaku dan menunjukkan barang dicuri iaitu tiga kampit beras dan dua unit coklat jenama Vochelle yang bernilai keseluruhan RM93.85.

Seterusnya kedua-dua suspek diserahkan kepada polis sebelum Majistret Noradila Ab Latif membenarkan mereka ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Artikel Berkaitan: