Tiga rumah sederet terbakar

Rumah yang terbabit dalam kebakaran di Jalan Anggerik, Taman Seri Mersing awal pagi tadi. (Gambar kecil, api marak membakar tiga deret rumah.)
Rumah yang terbabit dalam kebakaran di Jalan Anggerik, Taman Seri Mersing awal pagi tadi. (Gambar kecil, api marak membakar tiga deret rumah.)
A
A
A

MERSING - Tiga buah rumah di Jalan Anggerik, Taman Seri Mersing di sini terjejas selepas terlibat kebakaran berlaku awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Ramelan Ribut berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.58 pagi.

Menurutnya, seramai lima anggota dari BBP Mersing dan turut dibantu tujuh anggota dari BBP Endau bersama jentera bergegas ke lokasi selepas dimaklumkan kejadian itu.

"Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah teres satu tingkat berkeluasan 6.3 meter x 7.5 meter telah musnah 50 peratus.

"Kebakaran melibatkan bahagian ruang tamu dan bilik. Kebakaran turut merebak ke rumah bersebelahan iaitu rumah nombor 332 yang musnah 20 peratus dan rumah bernombor 334 musnah 40 peratus.

"Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak bomba berjaya menamatkan operasi pada jam 5.50 pagi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pihak bomba masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca dan anggaran kerugian susulan kebakaran itu.

Artikel Berkaitan: